Friday, April 10, 2020

Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2008


Buat pertama kalinya aku mewakili SKBJ di Kejohanan Catur MSS peringkat Daerah Petaling yang telah diadakan pada 24 dan 25 Mac 2008 di SK Seksyen 9 Shah Alam. 

Pasukan Catur P12 SKBJ 2008

SKBJ telah menghantar empat pasukan, dua pasukan lelaki - SKBJ L12 A dan SKBJ L12 B, dan dua pasukan perempuan, - SKBJ P12 A dan SKBJ P12 B. 

Aku disenaraikan dalam pasukan SKBJ P12 B bersama tiga orang pemain lain iaitu Alya Khairina Mohd Yusof, Hannah Hanif dan Rabiatul Afiqah.

Aku bersama Pasukan P12 SKBJ B

So, how was my results and performance in my first MSSD chess championship?

Aku yang berada di tahun 4 berjaya mengumpul 5 mata dan berada di kedudukan Tempat Keenam acara Individu. Malangnya hadiah hanya setakat tempat keempat sahaja bagi acara Individu. Alhamdulillah, aku tak pulang dengan tangan kosong. Pasukan aku berjaya mendapat Tempat keempat setelah mengumpul 17 mata. 

Aku terima medal dan sijil pencapaian Tempat Ke 4 acara P12 Berpasukan

Kontinjen Catur SKBJ 2008 di MSSD Petaling Perdana

Abang aku berjaya memenangi Pingat Gangsa dalam acara Individu L12 setelah memungut 6.5/8 mata dan pasukannya, SKBJ L12 A berjaya menjadi Naib Juara dan memenangi Pingat Perak. Abang aku seterusnya berjaya mewakili kontinjen MSSD Petaling Perdana ke Kejohanan MSS peringkat Negeri Selangor di Gombak bagi kategori L12.

Sila ke pautan INI jika nak tahu lebih terperinci.

No comments:

Post a Comment