Kejohanan Catur MSSM Edisi 2009 telah diadakan di Bandar Kelang, iaitu dari 16 hingga 20 Mac 2009. Ini merupakan penyertaan aku kali pertama.
Aku sangat bersyukur dan gembira kerana dapat membantu Pasukan Catur P12 MSSS muncul sebagai Johan dan pemenang Pingat Emas bersama tiga lagi rakan pasukan iaitu Puteri Rifqah Fahada Azhar (MSSD Kuala Langat), Puteri Munajjah AzZahrah Azhar (MSSD Kuala Langat) dan Ee Sun Xin (MSSD Petaling Utama).
Kemenangan ini telah membantu kontinjen Catur MSS Negeri Selangor menjadi Johan keseluruhan bagi sukan catur.
Foto-foto kenangan dari koleksi ayah aku.
 |
Di Dewan kejohanan bersama Iqa, Eja, dan Sun Xin sebelum Pusingan Terakhir bermula |
 |
Pingat Emas acara P12 Berpasukan |
 |
Para pemenang Pingat Emas samada acara Individu atau Berpasukan Pasukan Catur MSSS 2009 |
 |
MSSS, Juara Keseluruhan sukan catur |
 |
gambar aku solo dengan medal dan sijil pencapaian |
 |
sokongan padu dari famili aku |
Sebahagian foto-foto dari pautan berikut di Laman Blog SKBJCHESSCLUB:
No comments:
Post a Comment