Friday, April 10, 2020

Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2009


Pada tahun 2009, aku berada di Tahun 5. Abang aku telah tamat belajar di SKBJ dan bersekolah di SMK Seksyen 18, Shah Alam di Tingkatan 1.

Alhamdulillah, aku berjaya terpilih untuk mewakili SKBJ di Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana Edisi 2009. Seperti edisi sebelumnya, SKBJ menghantar 16 orang pemain mewakili dua pasukan L12 dan dua pasukan P12. 

Satu-satunya gambar aku dalam dewan kejohanan sebelum Pusingan Pertama

Pairing Pusingan Pertama kategori P12

Pasukan Catur SKBJ 2009 mendominasi kejohanan dengan menyapu ke empat-empat kejuaraan. Syukur ke hadrat Ilahi, aku berjaya menjuarai dua acara iaitu Individu P12 dan Berpasukan P12. 

Sila ke laman blog SKBJ Chess Club di pautan https://skbjchessclub.blogspot.com/2009/02/congratulation-skbj-chess-team.html untuk keputusan lebih terperinci.

Aku berasa sangat gembira kerana berpeluang mewakili kontinjen catur MSSD Petaling Perdana ke Kejohanan Catur MSS peringkat Negeri Selangor 2009 di Sepang bersama lima pemain catur SKBJ yang lain. 

Lebih seronok lagi kerana Abang juga akan bersama.


No comments:

Post a Comment