Monday, June 13, 2011

Pairing Pusingan Pertama Kategori G14

Pada hemat GiLoCatur, sekarang ini sedang berlansung majlis pembukaan Kejohanan Catur Peringkat Umur  Asean+ ke 12 di Stadium Tertutup Telaga Kramat. Kejohanan akan bermula pada pukul 9.00 pagi. Dua pusingan akan dimainkan pada hari pertama kejohanan hari ini. Pusingan pertama dijadualkan pada pukul 9.00 pagi sementara pusingan kedua di sebelah petang pada jam 4.00 petang. Diharapkan Anis tidak keletihan setelah memulakan perjalanan ke Tarakan semalam pada pukul 10.30 pagi dari LCCT Sepang dan tiba di hotel penginapan pada pukul 10.00 malam.  

Seramai 24 orang pemain dalam kategori Perempuan Bawah 14 tahun yang disertai Anis. Hanya 7 pemain yang ada rating FIDE. Anis yang masih belum ada rating FIDE telah dirankkan pada kedudukan ke 22 dari 24 peserta. Di pusingan pertama, Anis akan bermain buah putih menentang lawan dari Vietnam, Bui Thuy Vi, di meja sepuluh. Seperti Anis, lawannya juga masih unrated. 


Sunday, June 12, 2011

Anis Terbang Ke Tarakan, Indonesia

Kira-kira pada jam 6 pagi, Anis telah dihantar familinya ke LCCT di Sepang. Hari ini Anis dan 29 rakan sedelegasi memulakan perjalanan ke Pulau Tarakan, Indonesia untuk menyertai Pertandingan Catur Peringkat Umur ASEAN ke 12. Anis akan berada di Tarakan sehingga 21 hb setelah usai dia sertai 9 pusingan catur standard, 9 pusingan catur blitz dan 7 pusingan catur rapid.

Anis dan delegasi Malaysia sebelum berlepas ke Tarakan

Anis with her MSSM Selangor team mates
Anis akan bermain dalam kategori Perempuan Bawah 14 Tahun dan bersaing dengan 20 pemain dari negara lain dan 2 rakan senegara - Tan Li Ting dan Camilia Johari. Ini merupakan penampilan kedua di pentas antarabangsa. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. 

Wednesday, June 1, 2011

Kejohanan Catur MSSM 2011 (Bhg 1)

Kejohanan Catur MSSM 2011 merupakan edisi ketiga bagi Anis. Jika dua edisi sebelum ini Anis bermain dalam kategori berpasukan B12, kali ini beliau akan mewakili pasukan Negeri Selangor dalam kategori berpasukan perempuan B15. Sedikit tekanan sudah pastinya bagi Anis kerana beliau bermain di papan pertama (first board). Siapakah rakan-rakan sepasukan Anis? Tiga rakan sepasukan beliau ialah Ee Sun Xin, Seri Aisyah Che Hassan dan Nurul Adlina Mohd Sulkifly. Diletakkan sebagai pilihan keempat, Anis dan rakan-rakannya berjaya menewaskan pasukan Negeri Melaka 4 - 0. Melihatkan senarai pemain-pemain lawan, Wilayah Persekutuan merupakan saingan utama. 

Round 1


Di pusingan kedua, pasukan Anis akan melawan pasukan Labuan. Seperti yang tertera di bawah, lawan Anis ialah Euodia Banius. Semoga Anis dan rakan sepasukannya bermain cemerlang dan mampu menewaskan pasukan Labuan juga dengan pungutan 4 mata penuh.

Monday, May 30, 2011

Korang Bercuti Gi Mana Wey? Jom Kita Pi Penang ...

Hurray ... cuti penggal persekolahan sudah bermula. Berapa lama ek? ala tak kan korang tak tahu ... selama 2 minggu kan? bermula Sabtu lepas, 28 hb Mei sehingga 12 hb Jun depan. Ke mana aku bercuti ya? Di minggu pertama aku akan berada di Pulau Pinang. To be specific di Tanjung Bungah. Bersama-sama abang aku dan 34 rakan sepasukan kontinjen catur Selangor yang lain aku akan menghirup udara pantai Tanjung Bungah selama seminggu. Ek eleh, OK lah tu ... bercuti sambil main chess hehehe ... alhamdulillah, dapat baju dan beg sandang free apa ... sonok la tu weh ... 




mmm bas ni yg bawak aku gi Penang ... bukan selalu aku naik bas. last aku naik bas aku gi interview di Kusess hunjung tahun lepas dengan atoq aku dari kampung. itu pun sebab ayah & ibu aku gi Mekah. cantiq tak bas kita orang?

OK lah c ya in Penang !!! 

Wednesday, May 11, 2011

Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor (Bhg 1)

Anis atau "kakak" panggilan keluarga sedang bertanding di Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor yang sedang berlansung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Bagi kedua-dua acara individu dan berpasukan, Anis buat pertama kalinya bertanding dalam kategori perempuan bawah 15 tahun atau P15. Tahun lepas Anis bermain dalam kategori P12 atau perempuan bawah 12 tahun. 

Berikut adalah senarai pemain-pemain dalam kategori Anis.



Jika tahun lepas Anis mewakili PPD Petaling Perdana, bagi edisi 2011 beliau bermain untuk pasukan PPD Kuala Selangor. Tiga rakan pasukan Anis yang lain adalah pemain pilihan utama, Nur Nabila Azman, Pua Ke Yong dan Nor Hasanah Bt Hassan.

Pusingan keenam sedang berlansung tetapi ramai peserta yang telah selesai bermain termasuk Anis. Di pusingan tersebut Anis berlawan dengan Nurul Adlina dari PPD Petaling Perdana. Alhamdulillah, Anis menang. Bagi acara individu, para pemain akan bermain sebanyak tujuh pusingan. Empat pusingan semalam dan tiga pusingan pada hari ini. Satu pusingan acara berpasukan akan diadakan petang ini dan selebih empat pusingan lagi akan diadakan esok. Bagi acara berpasukan hanya lima pusingan dipertandingkan.

Keputusan pusingan 5 kategori P15 
Di pusingan kelima, Goh Xin Yen dari PPD Petaling Utama (PU) telah berjaya menewaskan pemain pilihan utama, Nur Nabila dari PPD Kuala Selangor. Dua wakil P15 Negeri Selangor tahun edisi tahun lepas, Seri Aisyah Che Hassan (Sepang) dan Nurul Adlina Mohd Sulkifly (Petaling Perdana), berjaya menang ke atas lawan masing-masing.  Sementara Anis pula, alhamdulillah, berjaya tewaskan Rushda Adiba Bt Ahmad Sinwan (Hulu Selangor).


Pairing pusingan keenam kategori P15

Memasuki pusingan keenam, Xin Yen dengan 5 mata sempurna bermain  buah putih di papan utama melawan Seri Aisyah. Seramai enam pemain lain yang berkongsi 4/5 mata termasuk Anis yang menentang Nurul Adlina di meja ketiga. Nampaknya dua pertembungan di antara Kuala Selangor dan Petaling Perdana di tiga meja teratas kerana Nabila pula ditentang oleh Jane Wee Li Yen yang pernah satu pasukan dengan Anis sewaktu di SK Bukit Jelutong. Mampukah Seri Aisyah menyekat Xin Yen untuk menjadi juara kategori P15 tahun ini? Tunggu untuk update seterusnya.


GiLoCatur di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.
Rabu, 11 Mei 2011

Tuesday, May 3, 2011

Anis Bertemu Ain Maisarah di PWTC


 Pada hari Isnin lepas iaitu 1 Mei sempena cuti hari buruh, Anis telah mengajak kami sekeluarga pergi ke PWTC. Anis yang gemar membaca buku-buku novel tulisan Ain Maisarah bercadang untuk membeli buku-buku baru penulis tersebut. Hari Isnin  tersebut adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula dari 22 April yang lalu.

Anis ceria dapat autograf dan bergambar dengan novelis kesukaannya

Anis sungguh ceria kerana bukan sahaja dia dapat beli buku-buku Ain Maisarah, malah dapat pula bertemu, berautograf, dan bergambar dengannya. Sebelum ini, Anis pernah mendapat autograf penulis novel remaja kesayangannya tersebut tetapi tidak dapat bergambar kerana tidak membawa kamera.

Ain Maisarah, salah seorang novelis remaja popular negara 

Anis di hadapan booth buku Kak Ain

Nak tahu berapa buah buku Anis beli? ENAM buah! Tiga buah dibeli di booth PTS. Tiga lagi di booth PINK AINMAISARAH. Ayah tak kisah sebenarnya berapa banyak pun Anis beli buku sebab berfaedah dan perkara baik. So, kira birthday present lah ye! he he he ...

Sunday, April 24, 2011

Anis Di Jakarta Sertai Kejohanan Catur "Asian Cities" ke 17

Pada petang Khamis, 21 hb April yang lalu Anis telah menaiki pesawat AirAsia menuju ke Bandaraya Jakarta, Indonesia. Apakah tujuan Anis ke sana? Sebenarnya, Anis menyertai satu kejohanan catur berpasukan yang dikenali sebagai Asian Cities Chess Championship atau juga dikenali sebagai Dubai Cup. Kejohanan tersebut merupakan pertandingan catur peringkat antarabangsa yang pertama bagi Anis. 

Sudah pasti perasaan Anis tidak keruan - gembira, seronok, nervous, berdebar-debar dan macam-macam lagi kerana trip ke Jakarta tersebut tanpa bersama ahli keluarga. Ini merupakan satu pengalaman baru baginya dan perlu belajar untuk berdikari. Semoga Anis dapat menimba pengalaman berguna sewaktu berada di Jakarta selama lebih seminggu dan karier caturnya semakin maju dan berjaya.

Main chess ke main cak lempong?