Anis telah berpesan supaya kami membawa pizza ketika melawat beliau hujung minggu ini. Rindu teramat sangat katanya ketika bercakap dengan bondanya dalam telefon Jumaat lepas. Sebenarnya baru seminggu tidak bertemu setelah bercuti lebih seminggu ketika cuti perayaan Cina tempohari.
Keluar rumah kira-kira jam 12.30 tengahari. Membeli pizza kedai Domino Pizza yang terletak kira-kira 250 meter dari rumah.
Sampai di asrama Anis kira-kira jam 2 petang. Ceria Anis menyambut ketibaan kami. Kemudian kami bersama-sama makan pizza dengan begitu berselera sekali kerana masing2 telah kelaparan. Setelah sesi chit chat dan bercerita Anis selesai, kami pun meninggalkan Anis untuk pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment