Showing posts with label sek men sains kuala selangor. Show all posts
Showing posts with label sek men sains kuala selangor. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor - Bhg 4

Berikut adalah gambar-gambar di hari kedua Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor di SMK Saujana Utama.

Pasukan dari SMK Seri Tanjong


Pasukan KUSESS sedang warm up

Pasukan KUSESS Bawah 15 Tahun



Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor - Bhg 3

Hanya bagi kategori P15, semalam dua pusingan telah berlansung. Hari ini, kesemua 38 peserta bagi kategori tersebut akan bermain sebanyak empat pusingan. Berikut adalah pairing bagi pusingan keempat, kelima dan keenam.  

Pusingan keempat

Pusingan kelima P15


Setelah berakhir lima pusingan, kedudukan mata bagi pasukan P15 KUSESS adalah seperti berikut- Anis Fariha (5), Aina Hanum (4), Nurhazimah (3) dan Mavisha (2). Ini bermakna, jumlah keseluruhan mata sebagai satu pasukan ialah 14 iaitu yang paling tertinggi mengatasi SMK Saujana Utama dengan satu mata. Sekolah tersebut diketuai oleh Nur Nabila yang telah muncul sebagai National Woman Master (NWM) di kejohanan catur kebangsaan wanita hampir sebulan yang lalu.

Berjayakah pasukan P15 KUSESS mempertahankan kedudukan tersebut dan seterusnya muncul sebagai juara? Tunggguuuuuuu ... GO GO GO KUSESS Chess Teams.

Pusingan keenam P15

Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor - Bhg 2

Pairing Pusingan ketiga di hari ke 2


Seramai 38 orang peserta dari kira-kira sepuluh buah sekolah mengambil bahagian dalam kategori P15. Di hari pertama, sebanyak dua pusingan dipertandingkan. Sepatutnya tiga pusingan seperti semua kategori yang lain dijadualkan pada hari pertama, tetapi ada masalah teknikal. 

Alhamdulillah, Anis berjaya menang kedua-dua pusingan. Permulaan yang sempurna. Ketiga-tiga rakan pasukan yang lain - Nurhazimah, Aina Hanum dan Mavisha, masing-masing hanya berjaya mengutip 1 mata. Di pusingan ketiga, Anis bertemu dengan pemain dari SMK Raja Muda Musa, Nor Hasanah di meja utama. Sementara, Nurhazaimah pula bermain buah hitam melawan Siti Nor Aliya di meja kelapan. Mavisha dan Aina Hanum masing-masing berentap dengan Auna Syafiqah dan Zuhairah Jannah dari SMKJ.

Monday, January 31, 2011

5 Jan 2011 - Bermulanya Kehidupan Anis di KUSESS

Teringat aku akan kenangan hari pertama pendaftaran di SM Sains Kuala Selangor. Pada pagi 5 Januari itu, aku secara tidak tersengaja bangun pada pukul 5.30 pagi kerana tidak sabar nak pergi ke sekolah baru. Tambahan pula, aku dah siap packing barang sejak aku dah beli barang. Perh, semangat giler nak gi sekola...Kami bertolak ke sana pada pukul 7 pagi. sebelum bertolak bapaku menyuruhku supaya bergambar. Inilah dia hasilnya...


Say cheese...

Selain bergambar sendirian, aku bergambar dengan ayahanda dan bonda yang tersayang sebelum kami bertolak ke sekolah.

                                              
                                                              

Sebaik saja sampai di sana, terdapat ramai orang sudah membanjiri kawasan sekolah. Selepas berdaftar nama di meja daftar aku telah mendapat kakak angkat sementara yang akan membantu kami semasa untuk pendaftaran ini.

                                              
                                               Para ibu bapa dan pelajar sedang berdaftar.

                                        
                                           Hehe..macam orang tak betul la pulak senyum2 aje.

Akhirnya, selepas penat menunggu giliran seramai 19 orang giliran kami  tiba jua. Selepas membayar yuran sekolah aku telah mendapat dokumen dan barang2 asrama seperti cadar serta buku sekolah. Kemudian aku berdaftar untuk kokurikulum untuk unit beruniform, kelab dan permainan. Aku masuk Pandu Puteri Malaysia, kelab Pusat Sumber dan Catur.

Lepastu, kakak angkat sementaraku bawa kami ke blok aspuri untuk mengemas. Kami mengemas barang di dalam locker. Kakak itu juga telah menolong aku memasang cadar katil serta mengajar aku cara2 mensteamkan katil dengan betul Selesai kerja mengemas kami ke ko-op (koperasi) kerna haus untuk membeli minuman. Kami juga beli sekotak air oren untuk kakak itu kerana banyak menolong.

Aku dapat jua berjumpa dengan kakak angkat aku yang betul.Kami akan duduk bersama-sama di dalam dewan kerana pengetua Pn.Rossminah a.k.a bonda telah memberi ucapan.

Bab2 yang paling aku benci telah pun tiba...aku terpaksa berpisah dengan keluargaku. Aku bersalam dengan ayah dan ibu serta adikku. Abangku sudah lama pulang ke asrama.Walaupun aku rasa ingin menangis tapi ku tahan jua air mataku dari mengalir. Kereta pun meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah.                                                                                                                                
                                                  
                                                      SELAMAT TINGGAL SEMUA=(