Sunday, April 24, 2011

Anis Di Jakarta Sertai Kejohanan Catur "Asian Cities" ke 17

Pada petang Khamis, 21 hb April yang lalu Anis telah menaiki pesawat AirAsia menuju ke Bandaraya Jakarta, Indonesia. Apakah tujuan Anis ke sana? Sebenarnya, Anis menyertai satu kejohanan catur berpasukan yang dikenali sebagai Asian Cities Chess Championship atau juga dikenali sebagai Dubai Cup. Kejohanan tersebut merupakan pertandingan catur peringkat antarabangsa yang pertama bagi Anis. 

Sudah pasti perasaan Anis tidak keruan - gembira, seronok, nervous, berdebar-debar dan macam-macam lagi kerana trip ke Jakarta tersebut tanpa bersama ahli keluarga. Ini merupakan satu pengalaman baru baginya dan perlu belajar untuk berdikari. Semoga Anis dapat menimba pengalaman berguna sewaktu berada di Jakarta selama lebih seminggu dan karier caturnya semakin maju dan berjaya.

Main chess ke main cak lempong?

Thursday, April 14, 2011

Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor - Bhg 4

Berikut adalah gambar-gambar di hari kedua Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor di SMK Saujana Utama.

Pasukan dari SMK Seri Tanjong


Pasukan KUSESS sedang warm up

Pasukan KUSESS Bawah 15 Tahun



Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor - Bhg 3

Hanya bagi kategori P15, semalam dua pusingan telah berlansung. Hari ini, kesemua 38 peserta bagi kategori tersebut akan bermain sebanyak empat pusingan. Berikut adalah pairing bagi pusingan keempat, kelima dan keenam.  

Pusingan keempat

Pusingan kelima P15


Setelah berakhir lima pusingan, kedudukan mata bagi pasukan P15 KUSESS adalah seperti berikut- Anis Fariha (5), Aina Hanum (4), Nurhazimah (3) dan Mavisha (2). Ini bermakna, jumlah keseluruhan mata sebagai satu pasukan ialah 14 iaitu yang paling tertinggi mengatasi SMK Saujana Utama dengan satu mata. Sekolah tersebut diketuai oleh Nur Nabila yang telah muncul sebagai National Woman Master (NWM) di kejohanan catur kebangsaan wanita hampir sebulan yang lalu.

Berjayakah pasukan P15 KUSESS mempertahankan kedudukan tersebut dan seterusnya muncul sebagai juara? Tunggguuuuuuu ... GO GO GO KUSESS Chess Teams.

Pusingan keenam P15

Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor - Bhg 2

Pairing Pusingan ketiga di hari ke 2


Seramai 38 orang peserta dari kira-kira sepuluh buah sekolah mengambil bahagian dalam kategori P15. Di hari pertama, sebanyak dua pusingan dipertandingkan. Sepatutnya tiga pusingan seperti semua kategori yang lain dijadualkan pada hari pertama, tetapi ada masalah teknikal. 

Alhamdulillah, Anis berjaya menang kedua-dua pusingan. Permulaan yang sempurna. Ketiga-tiga rakan pasukan yang lain - Nurhazimah, Aina Hanum dan Mavisha, masing-masing hanya berjaya mengutip 1 mata. Di pusingan ketiga, Anis bertemu dengan pemain dari SMK Raja Muda Musa, Nor Hasanah di meja utama. Sementara, Nurhazaimah pula bermain buah hitam melawan Siti Nor Aliya di meja kelapan. Mavisha dan Aina Hanum masing-masing berentap dengan Auna Syafiqah dan Zuhairah Jannah dari SMKJ.

Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor - Bhg 1


Kejohanan Catur MSS (Majlis Sukan Sekolah-sekolah) peringkat Daerah Kuala Selangor sedang berlansung sekarang. Ia telah bermula pada hari Selasa, 12 hb April dan akan berakhir pada hari Khamis, 14 hb April. Di mana kejohanan tersebut diadakan? Pada tahun ini, SMK Saujana Utama telah terpilih untuk menjadi tuan rumah. 

Setelah selama tiga tahun Anis bertarung di peringkat Daerah Petaling Perdana bagi kategori sekolah rendah, pada tahun ini beliau bertanding pula di peringkat Daerah Kuala Selangor bagi peringkat menengah rendah. Ini adalah kerana sekolah Anis iaitu KUSESS berada dalam PPD Kuala Selangor.  Sebagai pelajar tahun 1 di KUSESS, Anis terpilih untuk bermain dalam kategori P15 atau Perempuan Bawah 15 Tahun bersama tiga rakan yang lain. Siapakah rakan sepasukan beliau bagi kategori P15 untuk Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor? Mereka adalah Aina Hanum, Nurhazimah dan Mavisha.

Pasukan Catur Perempuan KUSESS 2011


Pasukan P18 atau Perempuan Bawah 18 Tahun KUSESS pula diwakili oleh Nashreen, Nur Amalina, Nurfatihah Nabilla dan Nur Iylia. Bagaimana dengan pasukan lelaki L15 dan L18?

Pasukan L18 diketuai oleh Muhd Syakir Shazmeer, Muhammad Akid, Ang Tuck Chuan dan Muhammad Amirul. Sementara adik Syakir, Muhammad Irfan Haqqim mengetuai pasukan L15 yang juga dianggotai oleh Vynson Kuan Zhi Rong, Ghazaly dan Danial Afiq.


SELAMAT BERJAYA KEPADA PASUKAN CATUR KUSESS di Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor!