Sunday, June 26, 2011

Pulang? Tidakk!!

Hai! bertemu kembali kita pada topik terbaru ni. Huhu..Anis rasa sgt sedi :(.sebab? Well, Anis kan  masuk boarding school dan suda  lama Anis tak pergi skola. da 5-6 minggu kot tak pergi skola. Biasa la Anis kan busy dgn chess so banyak keluar asrama. Bila nak balik hari ni perasaan Anis bercampur-baur sebab da terlalu lama duk kat rumah. Anis masih tak berasa seronok lagi kat KUSESS. mungkin perlu mengubah sikap Anis agar jadi seperi fun sikit ke or sporting. Anis miss la kawan2. I miss budak Mawar 1 :) OMG! :O homework Anis nanti jadi banyak, pelajaran banyak tertinggal and nota. 

Ah! tidakk! penat la camni kena work hard siapkan homework, nota and study yg tertinggal. Alamak! what about result? aduhai baru hari ni nak ingat semua. Anis nak nangis je :'(. Anis terpaksa mengharunginya semua.. Terima kasih kerana mendengar luahan perasaan hati ini :) Bye! I will be back at my hostel.


I MISS KUSESS!

Nyum Nyum! Deliciouso! :)

Hi! Anis di sini! Pasti korang nak tahu  kenapa Anis buat tajuk ni.Sebelum Anis bercerita dulu Anis nak tanya ,korang suka tak makan-makanan Arabian food? Anis dan family da mula suka makan-makanan Arab.Bila mula minat makan? Kami sekeluarga mula minat makanan Arab apabila ibu dan ayah  pulang dari mengejarkan Haji pada tahun lepas dan bercerita pada kami tentang bahawa sedapnya makanan Arab.Jadi mereka membawa kami untuk mencuba makan-makanan Arab at the Egypt Kafe.First time makan kat sini dan pertama kali makan-makanan Arab.Okayy..la boleh tahan la sedapnya.

The Egypt Kafe

Arabian Food :)

Sedap :9

Pada malam 2 hari yg lepas,Anis dan family pergi la ikut program ibu kat sekolah (ibu Anis adalah guru di sekolah rendah).Kami buat solat Maghrib,baca Yaasin dan solat Isyak.Itu sahaja.Anis mula-mulanya membantah tak nak pergi tapi ibu terlalu garang sangat dan Anis terpaksa pergi (huhu..sedinya :{ ).Selepas solat Isyak kami dijamu dgn makanan..... Hah! nak tahu makanan ape? nanti Anis bagitau.Sabar je la :) .

The two bez fwenz (yg naughty sgt :P)

Cakk! Anis yg pakai telekung pink.

Ustaz memberi sedikit tazkirah.

Hah! sekarang baru Anis boleh bagitau.Kami dijamu dengan makanan...Arab! WOW! hebatkan skola  ni dpt menjamu kami dengan makanan Arab.Aih..da la semalamnya makan-makanan Arab,hari ni pon makan lagi.da jadi orang Arab la kami sekeluarga :).

 Hehe..berebut nak ambik makanan.

 Sedap tak? jgn jelez :P

Yum Yum :9.


Hehe..kami dpt ais krim.memang sedia maklum bahawa Anis memang kuat makan ais krim coklat.Anis makan sebanyak 3 cup.Itupun banyak lagi ais krimnya tapi penuh sgt makan-makanan Arab so ibu Anis bawa pulang la sikit ais krim.Tak sia2 Anis datang.Makan malam hari itu memang bez.Okayy,that's all for this chapter. BYE! :)

Tuesday, June 14, 2011

Pairing Pusingan Kedua Kategori G14

Anis tidak berjaya untuk tewaskan lawannya di pusingan pertama di hari pertama kejohanan. Pusingan kedua yang dijadualkan di sebelah petang telah ditunda ke hari kedua. Ini bermakna ada perubahan pada jadual pertandingan. Bagus kepada Anis kerana dia boleh berehat lebih lama setelah mengharungi perjalanan yang panjang sebelum tiba di Pulau Tarakan.

Jika di pusingan pertama lawannya dari Vietnam, di pusingan kedua lawannya pula adalah dari negara tuan rumah, Indonesia. Semoga Anis dapat bermain sebaik mungkin untuk mengubati kekecewaannya di pusingan pertama. GO Anis GO!

Monday, June 13, 2011

Pairing Pusingan Pertama Kategori G14

Pada hemat GiLoCatur, sekarang ini sedang berlansung majlis pembukaan Kejohanan Catur Peringkat Umur  Asean+ ke 12 di Stadium Tertutup Telaga Kramat. Kejohanan akan bermula pada pukul 9.00 pagi. Dua pusingan akan dimainkan pada hari pertama kejohanan hari ini. Pusingan pertama dijadualkan pada pukul 9.00 pagi sementara pusingan kedua di sebelah petang pada jam 4.00 petang. Diharapkan Anis tidak keletihan setelah memulakan perjalanan ke Tarakan semalam pada pukul 10.30 pagi dari LCCT Sepang dan tiba di hotel penginapan pada pukul 10.00 malam.  

Seramai 24 orang pemain dalam kategori Perempuan Bawah 14 tahun yang disertai Anis. Hanya 7 pemain yang ada rating FIDE. Anis yang masih belum ada rating FIDE telah dirankkan pada kedudukan ke 22 dari 24 peserta. Di pusingan pertama, Anis akan bermain buah putih menentang lawan dari Vietnam, Bui Thuy Vi, di meja sepuluh. Seperti Anis, lawannya juga masih unrated. 


Sunday, June 12, 2011

Anis Terbang Ke Tarakan, Indonesia

Kira-kira pada jam 6 pagi, Anis telah dihantar familinya ke LCCT di Sepang. Hari ini Anis dan 29 rakan sedelegasi memulakan perjalanan ke Pulau Tarakan, Indonesia untuk menyertai Pertandingan Catur Peringkat Umur ASEAN ke 12. Anis akan berada di Tarakan sehingga 21 hb setelah usai dia sertai 9 pusingan catur standard, 9 pusingan catur blitz dan 7 pusingan catur rapid.

Anis dan delegasi Malaysia sebelum berlepas ke Tarakan

Anis with her MSSM Selangor team mates
Anis akan bermain dalam kategori Perempuan Bawah 14 Tahun dan bersaing dengan 20 pemain dari negara lain dan 2 rakan senegara - Tan Li Ting dan Camilia Johari. Ini merupakan penampilan kedua di pentas antarabangsa. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. 

Wednesday, June 1, 2011

Kejohanan Catur MSSM 2011 (Bhg 1)

Kejohanan Catur MSSM 2011 merupakan edisi ketiga bagi Anis. Jika dua edisi sebelum ini Anis bermain dalam kategori berpasukan B12, kali ini beliau akan mewakili pasukan Negeri Selangor dalam kategori berpasukan perempuan B15. Sedikit tekanan sudah pastinya bagi Anis kerana beliau bermain di papan pertama (first board). Siapakah rakan-rakan sepasukan Anis? Tiga rakan sepasukan beliau ialah Ee Sun Xin, Seri Aisyah Che Hassan dan Nurul Adlina Mohd Sulkifly. Diletakkan sebagai pilihan keempat, Anis dan rakan-rakannya berjaya menewaskan pasukan Negeri Melaka 4 - 0. Melihatkan senarai pemain-pemain lawan, Wilayah Persekutuan merupakan saingan utama. 

Round 1


Di pusingan kedua, pasukan Anis akan melawan pasukan Labuan. Seperti yang tertera di bawah, lawan Anis ialah Euodia Banius. Semoga Anis dan rakan sepasukannya bermain cemerlang dan mampu menewaskan pasukan Labuan juga dengan pungutan 4 mata penuh.