Tuesday, June 14, 2011

Pairing Pusingan Kedua Kategori G14

Anis tidak berjaya untuk tewaskan lawannya di pusingan pertama di hari pertama kejohanan. Pusingan kedua yang dijadualkan di sebelah petang telah ditunda ke hari kedua. Ini bermakna ada perubahan pada jadual pertandingan. Bagus kepada Anis kerana dia boleh berehat lebih lama setelah mengharungi perjalanan yang panjang sebelum tiba di Pulau Tarakan.

Jika di pusingan pertama lawannya dari Vietnam, di pusingan kedua lawannya pula adalah dari negara tuan rumah, Indonesia. Semoga Anis dapat bermain sebaik mungkin untuk mengubati kekecewaannya di pusingan pertama. GO Anis GO!

No comments:

Post a Comment