Monday, February 6, 2012

Look What I Found!?!

Hey yo all! :) dah lama Anis tak update blog,right? so hari ni saja je la nak update.Hari ni kami sekeluarga takde pergi mana-mana pon kecuali duduk rumah dan mengemas stor kami.Pelik ke? apsal tiba-tiba Anis cerita pasal mengemas stor pon nak cerita,kan? takde la Anis just terjumpa barang-barang lama sepert di bawah...

TADAA!!

Mesin taip!?!

Hebat tak? ini adalah mesin taip ibu pada waktu di maktab dulu.Waktu ibu keluarkannya dari sebuah beg,Anis gembira sangat sebab dapat tengok barang yang lama.Mesin taip ni agak berat dan untuk mentaip perlu banyak bersabar dan mesti teliti agar tidak melakukan kesilapan.Kalau tidak akan membazir kertas.Nasib baik masih ada ink lagi so boleh la taip.Ibu kata inknya dah takde jual dah.

Sebelum wujudnya koputer,inilah yang digunakan pada waktu dulu-dulu.Ibu ajarkan Anis cara nak gunakannya dan Anis sekarang ni dah mahir gunakannya :).Anis tak tersangka dapat jumpa barang macam ni hanya dekat stor rumah je sebab selalunya mesti barang yang lama-lama ni ibu dan ayah simpan kat kampung.

Hehe..bawah ni adalah kangaroo yang ayah beli kat Australia.Ayah dulu-dulu selalu pergi overseas dan suka belikan Anis teddy bear.Memandangkan Anis seorang je anak perempuannya (^.^).Terdapat banyak lagi teddy bear dalam stor yang telah dibersihkan.

 Ngee..siap ada anak sekali!

Bawah ini adalah baju akad nikah ibu.Ibu telah memberinya kepada Anis.Anis happy sangat dapat baju tu.Bajunya agak lawa dan simple je.Biasa la orang dulu-dulu,kan?

Lawa,kan?

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete