Wednesday, February 2, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SKBJ 2010

YESS!! Akhirnya sekolah lamaku, SK Bukit Jelutong telah pun menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk tahun 2010 pada hari ini. Nasib baik la ia diadakan pada hari Sabtu iaitu pada hari cuti dan hari aku dapat balik rumah. Yes, it is true that i'm in boarding school at SM Sains Kuala Selangor but known as KUSESS (Kuala Selangor Secondary School). Okay berbalik pada Hari Anugerah Kecermelangan, aku telah mendapat empat anugerah kecermelangan iaitu UPSR 5A, Pengawas Pusat Sumber, Tokoh Kokurikulum dan Terbaik dalam kelas (telah mendapat nombor 1). Aku dengan bangganya memakai uniform sekolahku. Baiklah pasti para pembaca boring membaca sahajakan?okay saya telah pun upload gambar jadi mari saksikan=)

                                 Menerima hadiah untuk UPSR 5A dari YDP PIBG SKBJ, Tuan Haji Zamri.
                    

Yang ini pula telah disampaikan oleh Pn. Normah bt. Othman, guru besar SKBJ kerana telah berkhidmat selama 4 tahun menjadi Pengawas Pusat Sumber.

                                            Nampaknya Fahim tidak sabar2 nak naik pentas.


Hehe...terlupa pulak aku,tidak ketinggalan juga adikku Fahim Al-Faqeh telah mendapat tempat ketiga di dalam kelas. Sebenarnya aku sangat terkejut apabila Fahim dapat nombor tiga kerana setahu aku Fahim bukannya belajar sangat apabila time-time nak periksa akhir tahun. Tambahan pula, ibu bapaku tiada kerana pergi mengerjakan haji. jadi tidak dapat memantau dia.Walau apa pun Fahim tetap jugak dapat. Hai...budak zaman sekarang ni memang bijak malah lebih bijak daripada kami berdua tetapi aku masih lagi lebih bijak dari dia...hehe..

 Pn.Nor Laily menyampaikan Anugerah Kokurikulum.

                                       AJK PIBG menyampaikan hadiah Terbaik di dalam Kelas.

Gambar kenang-kenangan pelajar 5A bersama guru2 tahun 6.

Guru2 SKBJ yang hebat.

No comments:

Post a Comment