Tuesday, February 1, 2011

Anis Sertai Kejohanan Catur PERCAWI Age Group


Selasa, 1 FEB 2011

Perh, hari ini hari yang memenatkan sebab ape...??sebabnya hari ini Anis telah masuk pertandingan catur PERCAWI Age Group. Pertandingan ini diadakan di Pusat Kecermelangan Sukan Cochrane. Tidak ramai yang masuk tau..yang masuk hanya 20 peserta perempuan dan 56 peserta lelaki. Wah, jauh beza ni. Terdapat hanya 6 pusingan sahaja. Tambahan pula kebanyakannya orang KL. Yelah kawasan KL kan? Baiklah Anis akan beritahu Anis lawan dengan siapa dalam setiap 6 pusingan... (round)

Round 1=Iman Sofea vs Anis-0-1
Round 2=Anis vs Alakarthika-1/2-1/2
Round 3=Nur Ainina vs Anis-0-1
Round 4=Veronica vs Anis-1-0
Round 5=Anis vs Melanie-1-0
Round 6=Anis vs Olivia-0-1

Aish, geramnya Anis dengan round yang terakhir tu. Rasanya boleh menang tapi last last kalah jugak. Takpelah lain kali cuba lagikan?? kalah sekali tak bermakna kalah selama-lamanya betul tak?? jadi Anis kena tingkatkan usaha...yelah MSSD pun dah tak lama lagi jadi kenalah rajin berusaha supaya dapat wakil Selangor lagi.



Para pemenang Pertandingan catur PERCAWI Age Group kategori Bawah-18 perempuan



Final Ranking bagi kategori Bawah-18 perempuan

BERUSAHA, BERUSAHA, BERUSAHA
BERUSAHA!!

No comments:

Post a Comment