Wednesday, May 11, 2011

Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor (Bhg 1)

Anis atau "kakak" panggilan keluarga sedang bertanding di Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor yang sedang berlansung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Bagi kedua-dua acara individu dan berpasukan, Anis buat pertama kalinya bertanding dalam kategori perempuan bawah 15 tahun atau P15. Tahun lepas Anis bermain dalam kategori P12 atau perempuan bawah 12 tahun. 

Berikut adalah senarai pemain-pemain dalam kategori Anis.



Jika tahun lepas Anis mewakili PPD Petaling Perdana, bagi edisi 2011 beliau bermain untuk pasukan PPD Kuala Selangor. Tiga rakan pasukan Anis yang lain adalah pemain pilihan utama, Nur Nabila Azman, Pua Ke Yong dan Nor Hasanah Bt Hassan.

Pusingan keenam sedang berlansung tetapi ramai peserta yang telah selesai bermain termasuk Anis. Di pusingan tersebut Anis berlawan dengan Nurul Adlina dari PPD Petaling Perdana. Alhamdulillah, Anis menang. Bagi acara individu, para pemain akan bermain sebanyak tujuh pusingan. Empat pusingan semalam dan tiga pusingan pada hari ini. Satu pusingan acara berpasukan akan diadakan petang ini dan selebih empat pusingan lagi akan diadakan esok. Bagi acara berpasukan hanya lima pusingan dipertandingkan.

Keputusan pusingan 5 kategori P15 
Di pusingan kelima, Goh Xin Yen dari PPD Petaling Utama (PU) telah berjaya menewaskan pemain pilihan utama, Nur Nabila dari PPD Kuala Selangor. Dua wakil P15 Negeri Selangor tahun edisi tahun lepas, Seri Aisyah Che Hassan (Sepang) dan Nurul Adlina Mohd Sulkifly (Petaling Perdana), berjaya menang ke atas lawan masing-masing.  Sementara Anis pula, alhamdulillah, berjaya tewaskan Rushda Adiba Bt Ahmad Sinwan (Hulu Selangor).


Pairing pusingan keenam kategori P15

Memasuki pusingan keenam, Xin Yen dengan 5 mata sempurna bermain  buah putih di papan utama melawan Seri Aisyah. Seramai enam pemain lain yang berkongsi 4/5 mata termasuk Anis yang menentang Nurul Adlina di meja ketiga. Nampaknya dua pertembungan di antara Kuala Selangor dan Petaling Perdana di tiga meja teratas kerana Nabila pula ditentang oleh Jane Wee Li Yen yang pernah satu pasukan dengan Anis sewaktu di SK Bukit Jelutong. Mampukah Seri Aisyah menyekat Xin Yen untuk menjadi juara kategori P15 tahun ini? Tunggu untuk update seterusnya.


GiLoCatur di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.
Rabu, 11 Mei 2011

No comments:

Post a Comment